Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,162 kes COVID-19 baharu direkodkan hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini mencecah 2,546,309 kes setakat ini.
Difahamkan, jumlah kes baharu hari ini lebih rendah berbanding semalam iaitu 5,809 kes.
Sementara itu, jumlah kes sembuh dan kematian terkini akan dimaklumkan dalam kemas kini selanjutnya.
Sumber: KKM