Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 170 kes baharu yang dilaporkan melalui sidang media harian Covid-19 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Angka yang dicatatkan pada hari ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 4,987 kes.
Daripada jumlah keseluruhan itu, terdapat 60 kes yang dirawat di unit rawatan rapi termasuk 33 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Walaupun begitu, terdapat sebanyak 2,427 kes aktif sahaja yang dicatatkan setakat ini.
Sumber: KKM