PUTRAJAYA, 17 Mac – Kesalahan kerana gagal memakai pelitup muka, tidak mendaftar sebelum memasuki premis serta tiada penjarakan fizikal akan dikompaun RM1,500 daripada nilai maksimum RM10,000.
Kenyataan tersebut dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi ciapan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan kompaun sebanyak RM10,000 bagi mana-mana individu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan.
Bagaimanapun nilai kompaun yang tinggi tersebut menerima pelbagai maklum balas daripada orang awam yang mendakwa ianya di luar kemampuan umum.
Sumber: KKM