Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes baharu setakat hari ini adalah sebanyak 18,688 kes sedikit penurun berbanding semalam.
Bagaimanapun, menerusi kiriman daripada Twitter rasmi Dr Noor Hisham menunjukkan beberapa negeri masih mencatat ribuan kes termasuklah di Selangor yang kekal mencatat kes tertinggi iaitu 6,565 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan dengan jumlah 1,883 kes.
Selain itu, negeri Kedah terus mencatat peningkatan kes iaitu 1,610 pada hari ini.
Sumber: DG Noor Hisham