Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kes baharu Covid-19 adalah sebanyak 19,991 kes. Ini menjadikan kes kumulatif adalah 1,299,767.
Menerusi laman Twitter Dr Noor Hisham menunjukkan negeri Selangor kekal mencatat kes tertinggi iaitu pada 7,338 dan diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ddengan 2,374.
Bagaimanapun, negeri Kedah terus catat peningkatan kes cecah angka 1,830 kes pada hari ini. Selain itu, negeri Sabah turut mencatat peningkatan kes iaitu 1,383 diikuti dengan Johor dengan 1,344 dan Kelantan iaitu 1,030 kes.
Seterusnya, kes di Perlis turut meningkat dengan mencatat sebanyak 24 kes pada hari ini.
Sumber: DG Noor Hisham