Kredit: Bernama

TERKINI: KDN Wartakan 13 Akademi Penjara Sebagai Pusat Tahanan Baru Pesalah Ingkar PKP

Amira

Putrajaya, 15 April – Kerajaan akan mewartakan 13 lagi akademi penjara untuk dijadikan pusat tahanan baru buat mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pusat itu bagi mengelakkan berlaku kesesakan dalam penjara sedia ada sekaligus mengelakkan risiko penularan COVID-19 dalam penjara.

“Mesyuarat semalam memutuskan supaya Kementerian Dalam Negeri mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan baru untuk pesalah-pesalah yang ingkar PKP dan berkaitan dengannya,” kata beliau.

Katanya lagi, semua peraturan dan undang-undang serta SOP yang diamalkan di penjara biasa akan dikuatkuasakan di pusat tahanan ini nanti.

Sumber: RTM