Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 21 November sehingga 27 November 2020.
Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter dan menjadi RM 1.94. Manakala bagi harga RON 95 juga naik 2 sen dari RM 1.62 kepada RM 1.64.
Sementara itu pula, harga runcit bagi minyak diesel naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM1.74 seliter kepada RM1.81 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.
Sumber: MOF