Kementerian Kewangan Malaysia hari ini memaklumkan mengenai harga runcit baharu produk petroleum bagi tempoh 19 Disember 2020 sehingga 25 Disember 2020.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Twitter MOFMalaysia, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM2.03 seliter kepada RM2.08 seliter.
Manakala, harga runcit petrol RON95 pula naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.73 seliter kepada RM1.78 seliter.
Sementara itu, harga runcit diesel naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 seliter.
Sumber: MOFmalaysia