Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 dilaporkan berlaku di Tenggara Honshu, Jepun sebentar tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berlaku pada 8:40 malam tadi dengan pusat gempa bumi berada di 31.2° U dan 142.4° T.
Tambah laporan itu, ia juga dilaporkan berkedalaman sejauh 25 kilometer bawah serta terletak 519 kilometer Tenggara dari Yokosuka,Jepun.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.
Sumber: MetMalaysia