Kerajaan akan memberi diskaun bil elektrik antara 5 sehingga 40 peratus bermula Julai ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Diksaun tersebut akan diberi dalam tempoh tiga bulan, katanya menerusi sidang media Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.
Diskaun itu tertakluk kepada penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.
Sebanyak 40 peratus diskaun akan diberikan kepada penggunaan elektrik antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan manakala 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan, jelasnya.
Sementara itu, pelanjutan tiga bulan diskaun bil elektrik 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021 akan diberikan bagi sektor ekonomi terjejas, tambahnya.
Sumber: Bernama