Sebanyak 2,712 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini dengan 2,708 kes tempatan dan 4 kes import.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 274,875 kes.
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes (37.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 795 kes (78.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Johor sebanyak 426 kes (15.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 212 kes (7.8 peratus).
Kes sembuh pada hari ini pula adalah sebanyak 5,320 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 235,082 kes bersamaan 85.52%.
Tidak cuma itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, keagamaan, dan komuniti.
Sumber: KKM