PUTRAJAYA, 19 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 16 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 kini meningkat ke 9,235 kes.
Daripada 16 kes tersebut, empat (4) daripadanya adalah kes import manakala 12 lagi melibatkan penularan tempatan.
Sementara itu, terdapat 185 kes aktif dengan kebolehjangkitan dicatatkan.
Dalam pada itu, 23 kes sembuh dan dibenarkan discaj menjadikan angka kumulatif sembuh terkini turut meningkat ke 8,925 kes bersamaan 96.64 peratus.
Tiada pertambahan bagi kes kematian, angka kekal 125 kes.
Sumber: KKM