Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 22 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.
Dengan pertambahan tersebut, jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sudah mencecah 1,005 kes bersamaan 0.37%.
Menurut kenyataan akhbar KP Kesihatan, kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lapan (8) kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Perak, serta satu (1) kes di Negeri Sembilan, Kedah, dan Johor.
Tambah kenyataan itu lagi, kesemua kes kematian melibatkan warganegara.
Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 2,998 kes baharu yang dicatatkan hari ini dengan 2,991 kes tempatan dan 7 kes import.
Sumber: KKM