Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan 7,748 kes baharu COVID-19 positif pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara turut meningkat kepada 603,122 kes.
Berdasarkan data KKM, Selangor masih kekal menjadi negeri penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,612 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 851 kes dan Negeri Sembilan 709 kes.
Maklumat lanjut mengenai kes sembuh dan kematian akan menyusul kemudian.
Sumber: KKM