PUTRAJAYA, 6 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 2,593 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.
Ia merupakan kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes terkini meningkat ke 125,438 kes dengan kes aktif sebanyak 24,347 kes.
Daripada jumlah tersebut, hanya empat kes import dilaporkan dan 2,589 kes selebihnya adalah penularan tempatan.
Sementara itu, terdapat 1,129 kes sembuh pada hari ini, menjadikan angka sembuh keseluruhan turut meningkat ke 110,578 kes bersamaan 80.2 peratus.
Maklumat lanjut menyusul.
Sumber: KKM