Aktiviti lelongan awam bagi sektor pajak gadai dibenarkan beroperasi dengan syarat ketat yang ditetapkan bermula 9 Oktober ini.
Dalam masa sama, sektor tembakau dan rantaiannya juga dibenarkan beroperasi bagi negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya mulai 9 Oktober tersebut.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan pengumuman sedemikian dalam satu kenyataan, memetik laporan ringkas Bernama hari ini.
Berita penuh menyusul.
Sumber: Bernama