Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 8,817 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,294,457 kes.
Kes positif harian di Malaysia menunjukkan penurunan beberapa hari kebelakangan ini namun kembali meningkat hari ini.
Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 1,361 kes, diikuti negeri Selangor 1,348 kes. Turut mencatatkan kes empat angka adalah negeri Kelantan dengan jumlah 1,063 kes hari ini.
Wilayah Persekutuan Labuan masih merekodkan kes harian terendah dengan catatan tiga kes, diikuti WP Putrajaya dan Perlis, masing-masing merekodkan 23 dan 47 kes.
Sumber: DG Hisham