Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa terdapat pertambahan kluster baharu iaitu pertambahan sebanyak 4 kluster baharu hari ini, 17 Julai 2020 melibatkan bukan warganegara dan warganegara.
Terdapat 4 kluster baharu dilaporkan hari ini.
1. Kluster PUI Shirala
2. Kluster PUI Pitakwa
3. Kluster Pusat Perubatan Kuching (hospital swasta)
4. Kluster Jupiter
Kluster PUI shirala adalah kluster jangkitan tempatan berpunca dari kes import. Kes tinggal serumah dengan kes terdahulu iaitu kes ke-8730. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HSB.
Selain itu, 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan isteri kepada Kes No. 8737. 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan anak kepada Kes No. 8737. Kedua-dua kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu
Manakala, Kluster Jupiter pula adalah kluster dari kes import. 1 kes Kluster Jupiter bukan warganegara yang merupakan kontak rapat kepada kes No. 8723. Kedua-dua kes tidak bergejala positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Bintulu.
1 kes Kluster Pusat Perubatan Kuching melibatkan warganegara dan adalah kontak rapat kes 8,734. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.