Sebanyak 3,384 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 254,988 kes setakat Khamis (11 Februari 2020), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 51,783 kes.
Daripada 3,384 kes baharu pada hari ini, 15 kes merupakan kes import manakala penularan dalam negara pula adalah sebanyak 3,369 kes.
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,082 kes diikuti Johor 777 kes, Kuala Lumpur 435 kes, Kedah 228 kes, Sarawak 184 kes dan lain-lain lagi.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 3,774 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 202,269 kes.
Sehingga kini, terdapat 259 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 122 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 13 kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 936 kes.
Sumber: KKM Putrajaya