Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 21 Ogos 2021, terdapat sebanyak 22,262 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia.
22,262 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan Malaysia meningkat kepada 1,535,286 kes.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, Selangor masih lagi kekal sebagai negeri yang paling tinggi mencatatkan jumlah kes harian iaitu sebanyak 7,011 kes.
Sabah pula menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah kes positif harian dengan mencatatkan sebanyak 2,651 kes.
Sarawak pula berada di kedudukan ketiga dengan mencatatkan sebanyak 1,964 kes.
Sementara itu negeri-negeri lain juga masih lagi mencatatkan kes baharu pada hari ini.
Sumber: Noor Hisham Abdullah