Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hari ini kes positif Covid-19 di negara semakin berkurang menjadi 17,352 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 1,862,187 kes.
Menerusi perkongsian daripada laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menunjukkan penurunan kes harian di beberapa negeri termasuk di Selangor iaitu 2,126 kes. Selain itu, Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213) dan Perak (1,082).
Bagaimanapun, negeri Sarawak masih mengekalkan catatan kes tertinggi dengan 3,714 kes setakat hari ini.
Negeri yang melaporkan kes baharu tiga angka adalah Terengganu (700), Pahang (463), Melaka (295), Negeri Sembilan (193), Perlis (38), Putrajaya (23) dan Labuan (dua).
Sumber: DG Noor Hisham