Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 17,170 kes positif COVID-19 baharu hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini terus meningkat kepada 1,078,646 kes.
Berdasarkan data KKM, Selangor kekal mencatat angka harian tertinggi dengan 7,163 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 2,138 kes, Kedah 1,212 kes.
Maklumat lanjut mengenai kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.
Sumber: KKM