Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 16,840 kes positif COVID-19 baharu hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini terus meningkat kepada 1,095,486 kes.
Berdasarkan statistik KKM, enam negeri mencatatkan kes harian empat angka iaitu Selangor kekal negeri tertinggi dengan 6,092 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 2,114 kes, Kedah 1,281 kes, Johor 1,104 kes, Negeri Sembilan 1,079 kes, Sabah 1,066 kes dan lain-lain lagi.
Dalam masa sama, Perlis juga turut merekodkan kes dua angka buat hari kedua berturut-turut dengan 13 kes hari ini.
Maklumat mengenai kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.
Sumber: KKM