Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, sebanyak 14,954 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini bertambah kepada 2,097,830 kes. Kes positif harian setakat jam 12 tengah hari tadi menunjukkan trend penurunan berbanding 15,549 kes semalam.
Bagi pecahan kes setiap negeri, Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,707 kes, diikuti Selangor dengan catatan 2,028 kes.
Lima negeri merekodkan lebih seribu kes iaitu Johor (1,948 kes), Kelantan (1,420 kes), Sabah (1,356 kes), Pulau Pinang (1,259 kes) dan Perak (1,222 kes).
Negeri-negeri yang mencatatkan kes tiga angka termasuk Kedah (809 kes), Pahang (705 kes), Terengganu (671 kes), WP Kuala Lumpur (383 kes), Melaka (207 kes) dan Negeri Sembilan (144 kes).
Manakala Perlis dan WP Putrajaya hanya merekodkan kes positif harian masing-masing 76 dan 19 kes.
Wilayah Persekutuan Labuan walaubagaimanapun tidak mencatatkan sebarang kes positif harian hari ini, menurut data yang dikemaskini hingga jam 12 tengah hari tadi.
Sumber: DG Hisham