Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, sebanyak 13,754 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,156,678 kes.
Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan jumlah 1,985 kes. Pun begitu, Selangor menunjukkan penurunan kes harian berbanding 2,414 kes semalam.
Selain Selangor, lima negeri lain turut mencatatkan ribuan kes. Negeri-negeri ini termasuk Sabah (1,629 kes), Sarawak (1,766 kes), Johor (1,913 kes), Pulau Pinang (1,052 kes) dan Kelantan (1,264 kes).
Perlis walaubagaimanapun merekodkan jumlah tiga angka hari ini dengan catatan 113 kes. Ia merupakan kali ketiga negeri tersebut mencatatkan ratusan kes dan jumlah hari ini adalah rekod tertinggi negeri itu.
Setakat 5 petang semalam, Perlis merekodkan kapasiti penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tertinggi iaitu 100 peratus. Peratusan penggunaan katil ICU di Perlis masih tidak menunjukkan pengurangan sejak 20 September lalu.
Tujuh negeri lain yang turut mencatatkan kes tiga angka ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (383 kes), Kedah (783 kes), Negeri Sembilan (175 kes), Perak (844 kes), Pahang (869 kes), Melaka (292 kes) dan Terengganu (664 kes). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan masih dengan catatan kes terendah, masing-masing 14 dan 8 kes.
Sumber: DG Hisham