Sebanyak 1,349 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 350,959 kes setakat Ahad (4 April 2021), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiga (3) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iatu Sarawak dengan 419 kes diikuti Selangor 343 kes, Pulau Pinang 185 kes dan lain-lain.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,270 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 335,162 kes.
Sehingga kini, terdapat 186 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 94 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian Covid-19 pada hari ini melibatkan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,288 kes.
Sumber: KKM Putrajaya