TERKINI: 1,317 Kes Baharu Dilaporkan, Negeri Selangor Dan Sarawak Masih Catat Kes Tertinggi

Edayu

Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan kes baharu setakat hari ini iaitu sebanyak 1,317. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu Covid-19 adalah 362,173.

Bagaimanapun, seramai 1,052 pesakit yang sembuh sudah dibenarkan keluar wad. Jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 345,005.

Sehubungan dengan itu, jumlah kes aktif di negara kita meningkat kepada 15,835 kes. Daripada jumlah tersebut seramai 188 pesakit sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 84 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes kematian iaitu 4 kes kematian melibatkan warganegara. Jumlah kumulatif kes kematian adalah 1,330.

Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Pecahan kes baharu mengikut negeri

Daripada jumlah tersebut negeri Sarawak dan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 351 dan 303 kes.