Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,612 bersamaan 96.2.
Menerusi kenyataan itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 13 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 adalah sebanyak 8,956 kes.
Daripada jumlah kes tersebut, 8 kes adalah kes import dan 5 kes adalah penularan di dalam negara.
Tambah kenyataan itu lagi, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 124 kes bersamaan dengan 1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan