Gambar: Bernama

TERKINI: 1,208 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Dengan 3 Kematian, Selangor Catat 379 Kes

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,208 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,208 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 324,971 kes secara keseluruhan.

Daripada 1,208 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,199 merupakan kes tempatan manakala 9 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 15,511 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 155 kes yang sedang dirawat di ICU dan 70 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,973. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 308,247 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,213 kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia