Perdana Menteri mengumumkan kemudahan terbaru dalam sektor ekonomi bagi kumpulan yang telah mendapatkan vaksinasi lengkap hari ini.
Menurut kenyataan rasmi PM, kemudahan itu terpakai kepada semua fasa PPN dengan syarat tertentu, iaitu kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri terlibat perlulah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus. Sementara itu, individu yang ingin memanfaatkan kemudahan itu juga perlu menerima vaksinasi lengkap, katanya.
Berikut adalah sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi bagi negeri Fasa 1, berkuatkuasa 16 Ogos ini:
Kedai cuci kereta
Kedai elektrik dan elektronik
Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
Kedai perabot
Kedai peralatan sukan
Kedai aksesori kereta
Pusat pengedaran dan jualan kereta
Pasar pagi dan pasar tani sahaja
Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
Kedai barang kemas
Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (Perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)


Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
Sumber: Muhyiddin Yassin