Setiap orang pasti melalui tempoh sukar, terpaksa berhempas-pulas setiap hari untuk mencukupkan keperluan hidup, sama ada untuk diri sendiri ataupun keluarganya.
Namun seperti kata pepatah “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”, siapa yang berusaha gigih dan tak pernah berputus-asa pasti akan mengecapi kesenangan hidup kerana kata orang “rezeki tak pernah salah alamat”.
Begitulah kisahnya mengenai dua individu hebat ini yang bermula dari bawah, mendaki dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain, hinggalah hari ini menjadi antara orang penting dalam rangkaian syarikat peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR.DIY.

Tiada siapa sangka, seorang penjual char kuetiau yang memerah keringat mencari rezeki di bahu jalan, kini bergelar Pengurus Kanan di Jabatan Pengangkutan dan Pergudangan ibu pejabat MR.DIY.

Bukan calang-calang kisah Mohd Rizuan Pee, 52, ataupun mesra dipanggil Abang Wan dari Pulau Pinang ini.
Menurut Abang Wan, semuanya bermula kira-kira 12 tahun lalu apabila dia berkenalan dengan kakitangan dan pegawai atasan MR.DIY yang secara kebetulan adalah pelanggan setia warungnya.

Disebabkan pendapatan yang tidak menentu sebagai peniaga warung kecil, Abang Wan tidak menolak pelawaan yang ditawarkan kepadanya untuk menyertai rangkaian kedai runcit terbesar di Malaysia itu pada 2008.
Kata Abang Wan, dia bermula dari bawah dan mengambil masa yang cukup panjang, lebih dari sedekad untuk berada di posisi sekarang. Semuanya berkat disiplin dan sentiasa mempamerkan etika kerja cemerlang setiap masa.

Bagaimana pun Abang Wan mengaku, dia menghadapi kesukaran pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri dengan tempat kerja apabila ditempatkan di bahagian stor dan gudang.
Setelah membulatkan tekad dan yakin ingin bersama-sama MR.DIY, Abang Wan tidak lagi menoleh ke belakang selepas mendapat tawaran kerja secara tetap.
Abang Wan belajar banyak perkara dari rakan-rakan setugas, daripada yang muda mahupun yang lebih tua. Masing-masing tidak lokek ilmu. Abang Wan belajar dan mencuba semua kerja yang melibatkan bahagian stor termasuk melibatkan diri di bahagian pembukusan dan penghantaran barang.

Ibarat cerita fantasi, Abang Wan langsung tidak menyangka kehidupannya mampu menjadi sebaik ini. Dari peniaga warung kecil yang hasilnya cukup-cukup makan, kini sudah bergelar Pengurus Kanan dengan pendapatan yang sangat menjamin masa depan.
Tuah Abang Wan tidak berhenti di situ sahaja, pada hari penyenaraian MR.DIY ke Bursa Saham Malaysia, Abang Wan turut diberi peluang untuk memukul gong sebagai simbolik kejayaan.


Seorang lagi insan yang berjaya mengubah nasib hidupnya ialah seorang wanita berusia 28 tahun dari Perak.
Pada usia yang boleh dianggap muda, Nabilah Abd. Ghani kini menjawat jawatan sebagai Pengurus Bahagian yang bertanggungjawab ke atas 18 cawangan dan 200 staf MR.DIY di negeri Perak.
Mengimbau kembali perjalanan hidupnya, seperti Abang Wan, beliau juga bermula dari bawah sebagai jurujual di rangkaian peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia itu.

Mendengar anggapan orang ramai bahawa bekerja di MR.DIY tiada masa depan, Nabilah kini membuktikan sebaliknya.
Beliau nekad untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada sebagai jurujual di MR.DIY ketika di tahun akhir pengajian diploma di Ipoh pada 2012. Sebaik sahaja tamat pengajian, Nabilah nekad untuk meneruskan pekerjaannya di situ biarpun turut menerima beberapa tawaran pekerjaan di tempat lain.

Kata Nabilah, beliau melihat ada potensi besar untuk kerjayanya berkembang jika terus bersama dengan keluarga besar MR.DIY.

Pengorbanan yang dibuat seolah-olah terbalas apatah lagi sebelum ini beliau memilih untuk menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan, semata-mata mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya di MR.DIY.

Berkongsi cabaran dihadapi dalam menjalankan tugasnya sebagai Pengurus Bahagian, Nabilah mengakui ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengawal selia 200 orang staf kerana setiap orang, mempunyai ragam masing-masing.

Kini, Abang Wan dan Nabilah menjadi bukti bahawa kejayaan boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja, asalkan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dibuat.
Untuk anak-anak muda diluar sana yang sedang mencari kerja, MR.DIY adalah tempatnya untuk anda membina kerjaya.

Lebih-lebih lagi dengan situasi semasa negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan untuk anda yang masih mencari peluang pekerjaan, jom sertai keluarga besar MR.DIY kerana MR.DIY menawarkan peluang kerjaya yang sangat menarik untuk anda.
Layari laman web dan Facebook MR.DIY untuk maklumat lanjut.