Tak Perlu Takut, Ini Cara Pelajar Boleh ‘Report’ Insiden Buli Guna Kiosk Anti-Buli Dengan Selamat
Setelah beberapa insiden yang melibatkan kegiatan buli tular dan tersebar di sosial media, kini pelbagai pihak boleh menarik nafas lega setelah satu lakaran sejarah baharu tercipta di mana Kiosk Anti-Buli pertama diperkenalkan di Malaysia.
StudentQR, penyedia teknologi pendidikan tempatan di bawah Jaxer Digital Sdn. Bhd telah memperkenalkan sistem ini di Sekolah Agama Menengah Bestari Jalan, Subang Jaya, Selangor.
Melalui kiosk ini, pelajar boleh membuat laporan berkaitan insiden buli pada bila-bila masa melalui sistem berasaskan imbasan QR dan pengecaman wajah.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif StudentQR, Syed Huzaifah Syed Omar, inisiatif ini adalah sebahagian komitmen syarikat untuk membentuk persekitaran yang lebih selamat dan beretika melalui penggunaan teknologi digital.
Apa yang lebih istimewa, inisiatif ini boleh digunakan secara percuma di semua sekolah kerajaan di Malaysia, dan dapat beri peluang kepada lebih ramai pelajar dan guru untuk menikmati manfaatnya.

Untuk pihak sekolah yang berminat untuk melaksanakan sistem ini, mereka boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi www.studentqr.com atau hubungi pasukan StudentQR bagi sesi demonstrasi dan pendaftaran awal.