Siapa sahaja yang tidak mengenali pelawak terkenal yang dikenali dengan nama Man Raja Lawak ini. Dia pada baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen kerana penampilan terbaharunya.
Ada yang memuji dan ada juga netizen yang bertindak mengecamnya kerana menyamakan dirinya seperti Remy Ishak, Syamel serta pelajar lepasan SPM.

Pelawak yang berusia 44 tahun itu telah menyamakan dirinya seperti artis tersebut kerana dia dilaporkan telah berjaya menurunkan berat badan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan dan mengemaskan dirinya dengan memotong rambut.

Gigi Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim yang dahulunya kelihatan ‘berterabur’ turut tampak telah mengalami transformasi dengan kini semakin tersusun dengan cantik. Difahamkan bahawa dia berjaya menurunkan 20 kilogram daripada 94kg ke 74kg secara konsisten dengan hanya meminum minuman kesihatan Bodycurv selain daripada berjalan kaki di kawasan rumahnya.

Ketika ditanya berkenaan adakah dia terlampau berfantasi dengan dirinya apabila disamakan dengan artis-artis tersebut, juara Maharaja Lawak Mega 2019 lebih memilih untuk tidak mempedulikannya sahaja.
“Bagi diri ini senang, saya anggap perihal menyamakan atau saya sendiri ‘feeling’ seperti Remy contohnya sebagai satu motivasi diri. Ia seperti doa yang baik. Kalau saya sendiri yang tak angkat diri, siapa lagi?.
“Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki. Apabila tengok cermin memang nampak seiras kot. Kadang kadang kelihatan macam Ben Amir pun ada. Tak ketinggalan macam Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin pun adalah sikit.
“Dalam hal ini juga saya tak suka layan kecaman atau anggap diri ini perasan. Kalau layan juga, saya merendahkan semangat diri. Apa saya dapat pun. Lebih baik ‘feeling’ kerana ia percuma. Yang tak suka itu boleh pergi main jauh,” katanya optimis.
Pada ketika dia dalam proses mentransformasi bentuk badannya pada April lalu, terdapat satu klinik gigi yang bermurah hati untuk menaja dirinya untuk membuat rawatan.

“Alang alang nak menurunkan berat badan lagi kali ini, kenapa tidak saya terima juga tawaran klinik gigi itu. Hasrat nak betulkan gigi sudah ada lama, tapi saja nak tunggu orang ‘sponsor’.
“Tak sangka murah rezeki saya ada juga yang nak ‘sponsor’. Alhamdulilah gigi saya yang ‘bersepah’ selama ini sudah tersusun cantik.
“Barulah seiring dengan berat badan semasa dan rambut yang dipotong,” katanya.
Menurut Man, dia sengaja menaikkan berat badannya semula pada tahun ini kerana untuk membuktikan keberkesanan Bodycurv yang diminumnya sejak dua tahun lalu.
“Niat saya sebenarnya nak mendidik dalam konteks hal menurunkan berat badan ini. Tak perlu nak kurus sampai kena potong usus. Saya bukan menentang mereka yang nak memotong usus. Kalau ada duit atau ada tajaan, silakan.
“Cuma kadang saya sendiri rasa kecewa apabila ada yang buat pembedahan tapi alih alih keluarkan produk kuruskan badan. Macam ‘trend’ pula. Tak apalah janji mereka ‘bahagia’. Pada akhirnya pilihan di tangan masing masing.
“Setahun juga saya menggemokkan diri dengan ‘enjoy’ makan tak ingat dunia. Apabila berjaya kurang berat badan ini, pelbagai penyakit seperti kencing manis juga boleh elak.
Rimas juga ada kata produk seperti Bodycurv tak menjadi. Tapi saya berjaya buktikan sebaliknya,” katanya.
Tambahnya lagi, produk tersebut mempunyai dua varian perisa yang amat sedap. Satu adalah perisa coklat (CocoCurv) dan satu lagi adalah kopi (CafeaCurv). Produk itu juga dilaporkan diperakui selamat untuk digunakan.
“Sebelum ini saya berjaya menurunkan berat badan dengan produk berkenaan tanpa bersenam. Kali ini saya nak buktikan dengan minum produk berkenaan dan ditambah bersenam pun lagi pantas berat badan menurun.
“Pilihan nak kurus di tangan anda. Nak kurus tanpa senaman atau bersenam pun boleh dan diyakini dengan Bodycurv.
“Saya juga menggandakan usaha bersenam dengan berjalan kaki. Kalau rasa tak puas berjalan kaki secara laju dalam satu sekali sehari, saya buat pagi dan malam. Perut pun sudah tak boroi,” katanya.
Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, boleh kunjungi laman Instagram rasmi Bodycurv di @bodycurv_hq