
Walaupun seringgit, hutang tetap wajib dibayar. Lebih baik hidup miskin kerana bayar hutang daripada mati dalam keadaan berhutang.
Ingat, bila ada duit, bayar hutang dulu, bila ada untung, bayar hutang dulu. Jangan main-main dengan hutang, Allah cerita panjang dalam Al-Quran tentang hutang.
Sesetengah individu suka berhutang dengan kawan sehingga berpura-pura lupa dan berharap hutang tu diikhlaskan. Amaun yang dipinjam tidak kira sama ada banyak atau sikit. Mungkin bagi mereka yang meminjam nilainya sedikit, namun bagi yang memberi, besar nilainya.
Bila hutang ditagih, bermacam alasan yang diberi serta meminta masa yang lebih lama untuk langsaikan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu sampailah si pemberi lelah untuk menagih.
Di sini, terdapat cara yang boleh digunakan untuk sesiapa yang ingin meminta kembali wang mereka yang telah dipinjam tanpa perlu mengupah peguam. Namun, cara ini hanya tertakluk bagi hutang yang bernilai bawah RM5000.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Tatty Hassan yang merupakan seorang peguam, beliau telah berkongsi cara yang boleh dilakukan.
Untuk mengetahuinya, ikuti cara-cara tuntut hutang dan nak failkan saman seperti yang dikongsikannya seperti berikut:
Di sini, Cik Tatty Hassan berkongsi mengenai turutan cara-cara yang perlu dilakukan :
Semoga cara-cara yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Untuk yang berhutang, berhati-hatilah kamu dalam berhutang.
Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari.
Sumber: Tatty Hassan