Gara-gara cakap besar tidak percaya COVID-19, seorang lelaki dipercayai antivaksin berusia 50an di Bournemouth, England meninggal dunia di rumahnya akibat dijangkiti virus tersebut.
Lelaki berkenaan yang juga merupakan lulusan universiti terkemuka Eropah, Cambridge University sebelum itu menyatakan rasa tidak percayanya terhadap pandemik menerusi sebuah rakaman video.
Jelasnya, ketika itu dia sedang mengalami simptom-simptom seperti batuk, demam panas, berasa sakit-sakit badan dan menggigil teruk akibat sejuk, namun dia sebaliknya menyatakan bahawa ia adalah sakit biasa.
“Saya rasa masalah ini bukanlah teruk sangat pun. Malah kalau betul ini Covid-19, saya senang hati saja menerimanya.
“Kalaulah betul saya kena Kobit, mestilah 99.9 peratus daripada kita semua pun turut kena juga. Tiada apa pun nak ditakutkan..jangan panik,” katanya dalam video tersebut, memetik laporan Daily Mail.
Gambar: Daily MailTidak cukup bercakap besar, lelaki itu juga dikatakan menolak vaksin dan percaya bahawa badannya mampu dilindungi oleh antibodi semulajadi.
Selain itu, dia turut mengkritik kerajaan, dakwanya dasar yang digunakan untuk membendung penularan COVID-19 selama ini telah menyebabkan rakyat menderita.
Dalam pada itu, isterinya yang juga lulusan universiti yang sama sangat percaya akan segala apa yang keluar dari mulutnya selama ini, termasuklah berkenaan isu COVID-19 dan vaksin.
“Dia (suami) seorang yang berpelajaran tinggi. Jadi apa yang dia cakap, dah tentu saya akan percaya.
“Selama ini pun dia menolak vaksin dan percaya tubuh boleh sihat sendiri sebab banyak membaca tentangnya di media sosial,” luahnya kesal mengenang si suami yang meninggal dunia tiba-tiba akibat virus itu.
Menurut Daily Mail, lelaki antivaksin itu dilapor meninggal dunia kira-kira sembilan hari selepas video kenyataan hujah tersebut itu dimuat naik ke laman Facebook miliknya.
Gambar: Daily MailSumber: Daily Mail