“Mudah-mudahan dalam bulan Ramadan ini yang mulia ini akan membawa rahmat kepada kita semua. Banyakkan berdoa kepada Allah, mohon pertolongan daripada-Nya, insyaAllah kita semua akan dilindungi daripada sebarang musibah, amin ya rabbal alamin,” kata Perdana Menteri sebelum menamatkan kata-kata akhir dalam sidang media perutusan khas yang sedang berlangsung. (Video minit ke 33:33)
“Kita boleh berjemaah di rumah bersama keluarga… Jika tidak sekarang, bila lagi…”
Tak mengapalah kita tak dapat mendirikan solat terawih secara berjemaah di masjid. Mungkin ini peluang yang Allah s.w.t. berikan kepada kita untuk berjemaah bersama keluarga di rumah. Jika tidak sekarang, bila lagi.
Kita jadi imam, anak dan isteri jadi makmum. InsyaAllah, ganjaran pahala dan barakah yang kita terima tidak kurang besarnya.
Kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t, mudah-mudahan di akhir jihad kita melawan COVID 19, kita juga akan diberikan kemenangan, kesihatan dan keselamatan daripada wabak penyakit ini.
Sumber: Sidang media PM