Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri dalam sebuah kenyataan hari ini mengumumkan kelonggaran baharu bagi sektor sosial di negeri Fasa 2 dan 3 Pelan Pembangunan Negara (PPN).
Kelonggaran baharu yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini adalah seperti berikut:
Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) DIBENARKAN kepada individu telah lengkap vaksin secara tempahan, sanitasi, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi.
Aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal (seperti bola sepak, bola tampar, takraw dan lain-lain) DIBENARKAN mengikut kapasiti penuh sukan tersebut TERHAD bagi individu yang telah lengkap vaksin sahaja dan dilakukan di premis yang mempunya kawalan penyeliaan sepenuhnya.
Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan/premis yang sama dengan mematuhi 50% kapasiti atau tidak melebihi 50 orang (mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin, dengan seliaan jurulatih/instruktur DIBENARKAN.
Sumber: MKN