Peningkatan kes baharu Covid-19 nampaknya terus mencatat peningkatan sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Buktinya hari ini, negeri Selangor menyumbang kes tertinggi iaitu lebih 5,000 pesakit positif Covid-19.
Walaupun dalam suasana hari raya, tetapi para barisan hadapan bertungkus-lumus bekerja untuk merawat pesakit-pesakit ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Dr. Azah Abdul Samad yang juga Doktor Pakar Kesihatan Keluarga di CAC menunjukkan ribuan pesakit Covid-19 melapor diri untuk masuk ke pusat kuarantin. Siapa sangka, di pusat kuarantin seakan di padang Arafah, orang ramai sedang berkumpul untuk masuk ke pusat tersebut.
“Kes-kes kecemasan memenuhi ruangan ED. Kebanyakan memerlukan bantuan oxygen. Ada yang perlukan bantuan hidrasi.”
Pesakit-pesakit di hantar menggunakan bas yang tersedia bekalan oksigen. Khemah-khemah terbina untuk pesakit-pesakit. Petugas-petugas perubatan bertungkus lumus mengendalikan pesakit-pesakit yang beribu jumlahnya.
Situasi yang sama seperti bulan Zulhijjah tahun-tahun yang terdahulu bagi rombongan perubatan petugas haji.
Yang berbeza pada musim ini adalah:
Khemah yang ada adalah di PKRC Maeps dan bukannya di Arafah – Mina
Ribuan pesakit adalah di CAC Stadium Malawati dan bukannya di Arafah Mina
Bas ambulans PKRC MAEPS dipinjam bukan bas yang disewa khas untuk Safari Wuquf
Tiada talbiah kedengaran
Tiada kelihatan Baitullah Al-Haram
Tiada kelihatan mereka yang berihram
Yang kelihatan adalah petugas bertutup litup dengan PPE. Sudah 2 musim Zulhijjah, jihadnya di sini.


“Hanya Allah yang mengetahui rahsia yang terselindung dan hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian ini.”

Semoga di angkat pandemik COVID-19 ini agar kita dapat kembali menjejak kaki ke tanah suci. Semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk meneruskan jihad Zulhijjah di negara sendiri.








Sumber: Azah Abdul Samad