Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kebahagiaan yang berkekalan. Namun, kadang-kala ada ujian yang mendatang untuk menguji sejauh mana kesetiaan.
Seperti perkongsian oleh Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial mengenai ujian menimpa pasangan warga emas apabila isteri yang disayangi diuji dengan serangan strok secara tiba-tiba.
Malah, si suami yang bekerja sebagai pemandu lori juga sanggup mengambil cuti tanpa gaji walau berdepan dengan masalah kewangan demi menjaga isteri.
“Dah sebulan kak sakit, doakan kak ya“
23.8.20, Kok Lanas, Kelantan.

Azmi Ismail 50, seorang pemandu lori terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sejak sebulan lalu bagi menumpukan sepenuh masa pada isterinya Mazita Yusuf 50, yang secara tiba2 diserang sejenis penyakit strok sebulan lalu selain mengidap kencing manis saraf.
Menurut Azmi , isterinya terpaksa dimasukkan ke wad selama 14 hari dan tidak sedar selama beberapa hari.
“Isteri saya sekarang ni belum kuat untuk berjalan sendiri, terpaksa dibantu tiap kali nak mandi, dengan ada bantuan kerusi roda ni mudah lah sikit untuk uruskan isteri saya” – jelas Azmi kepada kru kami yang melakukan lawatan kerumahnya di Kg Che Arus dekat sini.

Dalam kunjungan itu sebuah kerusi roda,sebulan bekalan lampin, alat ujian tekanan darah dan sedikit tunai dihulurkan
Sama2 kita doakan agar diberi keajaiban dan kesembuhan untuk kak Mazita ya.

Mereka yang ingin menghubungi keluarga ini untuk meringankan beban , boleh hubungi mereka di talian 0138852839.
Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS