PUTRAJAYA, 23 Nov – Tiga lagi individu dikesan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar keluar masuk sempadan utama negara.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi satu kenyataan berkata, ketiga-tiga individu berkenaan mempunyai beberapa alamat berbeza di sekitar Lembah Klang dan selatan tanah air.
“Lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No. 20, Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Selangor.
“Sementara itu lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.
“Dalam pada itu, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No. 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor,” katanya kenyataan tersebut hari ini.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali ketiga-tiga individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.
Kredit gambar: SPRM
Sumber: SPRM