Polis Jerman dan pendakwa mempersoalkan jururawat yang dituduh meracuni lima bayi pramatang dengan morfin di sebuah hospital di sini.
Menurut pihak berkuasa, lima bayi pramatang di sebuah Hospital di selatan Jerman yang berumur antara satu hari dan satu bulan tiba-tiba mula mengalami masalah pernafasan yang mengancam nyawa pada pagi 20 Disember tahun lepas.
Suspek sedang bertugas di hospital dan ditahan pada hari rabu lalu. Jururawat sedang disiasat untuk lima tuduhan percubaan pembunuhan dan kerosakan tubuh yang buruk. Semua bayi itu selamat dan polis berharap kesemua bayi tersebut tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain.
Polis menyelongkar loker ahli kakitangan di hospital dan pihak berkuasa mengesahkan pada sidang akhbar khamis semalam bahawa mereka mendapati jarum suntik yang mengandungi susu ibu dijumpai di dalam salah satu loker jururawat. Polis dan pendakwa raya mengesahkan bahawa ujian forensik menunjukkan syringe telah dicampurkan dengan morfin.
Ketua pendakwa raya Ulm, Christof Lehr mengatakan bahawa jururawat itu menafikan telah memberikan morfin kepada bayi tersebut.
Pihak berkuasa hospital pertama kali mengesyaki jangkitan, tetapi ujian air kencing membuktikan bahawa teori tersebut dan dalam pada masa yang sama mendedahkan kesan morfin kepada semua lima bayi.
Sumber: CNN