Tiada Kategori

SOP PKP: Hanya 3 Orang Termasuk Pemandu Dibenarkan Di Dalam Kenderaan

Sofea

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan media pada hari ini telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di seluruh negara bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Ekoran itu, kerajaan telah menetapkan bahawa bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu.

Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri pula adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

Bagi pengangkutan awam, bilangan orang yang dibenarkan mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Facebook miliknya, Muhyiddin berkata bahawa kerajaan juga akan menggunakan sistem HIDE untuk memantau premis dan kawasan hotspot COVID-19 serta mengambil tindakan susulan seperti yang telah diputuskan.

PKP di seluruh negara ini dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 yang semakin menunjukkan peningkatan kes pada ketika ini.

Sumber: Muhyiddin Yassin