Skechers, jenama global yang dikenali sebagai Comfort Technology Company™, sekali lagi meneruskan kerjasama bersama Majlis Olimpik Malaysia (OCM) sebagai Penaja Kasut Rasmi Kontinjen Malaysia untuk Sukan SEA ke-33 di Thailand, yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025.
Di bawah kerjasama baharu ini, Skechers akan membekalkan 2,000 pasang kasut kepada atlet dan pegawai negara direka untuk memberi sokongan sepanjang hari, bermula dari acara perarakan hingga aktiviti luar padang.
Setiap atlet akan menerima Skechers Hands Free Slip-ins® Work Shoes yang dilengkapi Air-Cooled Memory Foam®, memastikan kaki lebih selesa sepanjang sesi persediaan dan majlis rasmi.
Sumbangan ini turut mengetengahkan siri Max Cushioning® yang terkenal, antaranya Max Cushioning Premier 2.0 dan GOrun Elevate 2.0 untuk lelaki, serta Max Cushioning Elite 2.0 untuk wanita. Semua model ini hadir dengan ULTRA GO® cushioning dan tapak Goodyear® Performance Outsoles bagi memberi cengkaman, kestabilan dan sokongan tambahan di luar padang. Nilai keseluruhan penajaan ini dianggarkan RM922,538.
Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee, berkata:
“Di Skechers, kami percaya keselesaan mendorong prestasi. Menerusi penajaan ini, kami mahu atlet negara beraksi dengan penuh yakin, sama ada di padang atau ketika membawa semangat Malaysia ke pentas serantau.”
Setiausaha Agung OCM, YBhg. Datuk Mohd Nasir Ali, turut menyatakan penghargaan:
“Kerjasama ini mencerminkan kebanggaan, perpaduan dan semangat kecemerlangan yang tidak pernah luntur. Bersama Skechers, kita komited untuk mengangkat atlet negara dan meraikan pencapaian Malaysia di arena antarabangsa.”