Skechers, kini melancarkan koleksi Skechers Sport terbaharu — menampilkan tiga rekaan berani untuk lelaki dan wanita yang ingin tampil penuh gaya dan yakin.
Antara model yang diperkenalkan termasuk:
Rekaan ini tampil dengan tapak kasut tebal dan berlekuk unik yang bukan sahaja menyerlahkan gaya “streetstyle”, tetapi juga memberi kesan tinggi semula jadi, satu kelebihan bagi pemakai yang mahu langkah penuh keyakinan.



Untuk lelaki, dua model utama ini hadir dengan pilihan warna menarik:
Monster Evo: White Grey, White Silver Multi, dan Charcoal Grey
Monster Evo – Calivur: Black Charcoal dan Charcoal Grey
Bagi wanita pula, model Monster Evo Bold Move tampil dengan dua tona feminin tetapi tetap bergaya; Light Green dan Pink, sesuai untuk gaya kasual harian yang lebih segar.
Menariknya, koleksi ini turut diperagakan oleh Cha Eun-woo, Duta Jenama Serantau Skechers. Selain rekaan yang menonjol, semua model dalam koleksi ini dilengkapi teknologi Skechers Air-Cooled Memory Foam®, memberikan keselesaan maksimum sepanjang hari.
Edisi ini dijual dengan harga RM399 dan sudah mula boleh didapati di butik konsep Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, dan 1 Utama.
Koleksi ini juga akan tersedia secara dalam talian bermula 1 September di skechers.com.my, Shopee dan Lazada.