Para penumpang sebuah penerbangan menghadapi situasi cemas apabila beg salah seorang penumpang berasap dipercayai akibat power bank yang dibawa meletup ketika di dalam penerbangan.
Dalam video berdurasi 1.21 minit berkenaan yang dikongsikan salah seorang pengguna Twitter, kelihatan kru kabin memadamkan powerbank yang berasap berkenaan dengan menyembur alat pemadam api ke arah beg tersebut.
Walaubagaimanapun, tidak jelas sama ada power bank tersebut berasap akibat digunakan ketika penerbangan ataupun atas faktor lain.
Kru kabin sedang berusaha memadamkan ‘kebakaran’


Sumber: Twitter