Sedar tidak sedar, rupanya ada antara siswa kita yang menjadikan tempat belajar sebagai salah satu tempat untuk menyelamatkan diri dari perpecahan keluarga.
Menurut laporan Kesihatan Mental Nasional 2017, seramai satu daripada lima remaja di Malaysia mengalami kemurungan di mana kebanyakannya adalah remaja lelaki, iaitu 18.9 peratus.
Angka ini pastinya membimbangkan terutama ketika berlakunya pandemik COVID-19 yang pastinya memberi tekanan kepada semua pihak.
Baru-baru ini, ada antara siswa tempatan yang mengaku didera di rumah secara fizikal dan juga mental, membuatkan mereka tertekan dan sukar fokus untuk mengikuti pembelajaran dari rumah.
Oleh itu, ramai yang meluahkan keinginan untuk pulang ke institut pembelajaran masing-masing sebagai salah satu langkah untuk menyelamatkan diri daripada tekanan di rumah.
Antara luahan mereka telah dikongsikan beberapa akaun di Twitter yang cuba memberikan sokongan kepada individu terlibat.




Tampil tawarkan bantuan
Susulan itu, ada individu yang tampil menawarkan bantuan buat mereka yang menghadapi masalah baik dari segi tekanan mental, tempat tinggal dan juga kewangan buat masa ini.

Semoga dipermudahkan urusan semuanya.
Sumber: Twitter, Pineapple