Memiliki kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan adalah impian besar bagi setiap orang. Terutama bagi korang yang sudah berkeluarga, semestinya korang menginginkan sebuah kediaman sendiri.
Tidak kira besar, kecil, mahal ataupun murah rumah yang hendak dibeli sebaiknya kita membuat pilihan yang betul. Rumah teres boleh dikatakan antara pilihan terbaik. Tetapi, ada beberapa ciri rumah teres yang korang perlu tahu sebelum membelinya.
Ciri-ciri pemilihan rumah teres terbaik
Pilih rumah yang warna cat luarannya cerah: Sebaiknya pilih warna yang cerah bagi mengelakkan keadaan di dalam rumah menjadi panas kerana warna gelap boleh menyerap haba.
Arah kiblat: Semak kedudukan kiblat bagi korang yang beragama Islam.
Melihat kedudukan matahari: Elakkan cahaya matahari pada waktu siang daripada menghadap ke bilik tidur utama rumah korang kerana boleh menyebabkan suhu di dalam bilik menjadi panas terutamanya pada waktu malam.
Kediaman dengan ketinggian siling standard: Cari dalam 10 kaki untuk memudahkan penempatan kipas siling. Dengan ketinggian yang sesuai, ianya dapat memastikan aliran pengudaraan yang lancar.
Dapatkan kawasan perumahan yang dilengkapi tangki air besar sendiri: Agar kesannya tidak terlalu mempengaruhi apabila berlaku masalah gangguan air di kawasan perumahan korang.
Berhampiran dengan padang dan jauh dari jalan utama: memudahkan parkir apabila adanya kenduri dan anak-anak beriadah di luar rumah.
Rekaan bumbung yang terbaik: Supaya air hujan akan mudah mengalir di depan dan di belakang rumah, bukan ditengah-tengah atau satu bahagian sahaja seperti bumbung rama-rama dan flat roof.
Pilih Pemaju yang bertauliah: Memilih pemaju yang mempunyai pengalaman membina rumah berkualiti dan tidak mempunyai sebarang rekod buruk.
Perumahan Teres Dengan Harga Mampu Milik
Kalau korang masih lagi tercari-cari perumahan teres mana yang sesuai dengan korang, apa kata korang cuba tengok satu projek perumahan luar bandar terbaik yang menawarkan harga mampu milik daripada Hua Yang Berhad dan terletak di Bandar U Seri Iskandar di Perak.
Ianya adalah projek yang menawarkan pembangunan rumah mampu milik terutamanya untuk penjawat-penjawat awam dan pasangan yang baru berkahwin.
Centaurea (Rumah Teres 1 ½ Tingkat)

Menariknya, projek perumahan Centaurea turut menawarkan Skim Mudah Milik! Antaranya ialah tanpa kos pendahuluan, fi guaman, dan duti setem yang ditanggung oleh pemaju. Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut dan promosi pra-pelancaran, di LINK yang disediakan ini.
Klik pula di SINI kalau korang nak mengunjungi rumah contoh VR360 yang moden dan luas.

Untuk maklumat, sebanyak 4,095 unit rumah teres, Semi-D, dan banglo telah dibangunkan di atas 777 ekar tanah di kawasan Bandar U Seri Iskandar serta dilengkapi dengan 375 unit pejabat dan premis komersial. Dengan harga yang mampu milik, pembangunan di bandar ini boleh dikatakan antara pembelian yang menguntungkan!
Apa yang menjadikan Bandar U menarik?
Bagi korang yang ingin memiliki sebuah rumah, sudah pasti korang menginginkan sebuah kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai akses dan fasiliti-fasiliti lengkap untuk memudahkan sebarang urusan. Kalau nak tahu, Bandar U dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk korang seperti:

Berhampiran laluan utama lebuhraya
Kemudahan pengangkutan awam
Kemudahan untuk korang yang berminat shopping
Kemudahan akses ke pejabat-pejabat kerajaan
Majlis Daerah Perak Tengah
Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar
Lembaga Air Perak, Syariah Court SI
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah
PTG Perak Tengah
JKR Perak Tengah
Pejabat RISDA
Berhampiran dengan pusat-pusat pendidikan
SMKA Sultan Azlan Shah
Kolej Vokasional Seri Iskandar
SMK Seri Iskandar, SK Seri Iskandar
SK Iskandar Perdana
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Kolej Professional MARA
Premis-premis komersial (makanan) dan hiburan
D’ecolake
mmCineplexes
KFC
Pizza Hut
McDonald’s
Domino’s
Secret Recipe
Subway
Fasiliti-fasiliti kesihatan
Klinik Kesihatan Seri Iskandar
Klinik Kesihatan Ibu & Anak Seri Iskandar
Klinik Cure & Care
Agensi Antidadah Kebangsaan
Korang kata menarik? Kalau menarik, apa kata korang pergi ke laman web Hua Yang yang disediakan di untuk ketahui lebih lanjut mengenai projek perumahan. Korang boleh menghubungi Cik Dira dan En. Terry atau kunjungi BUSI – Huayang Sales Gallery di alamat: No. 1, Jalan PP5, Bandar Universiti Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak (Waze: https://waze.com/ul/hw0zbcfdc). Jika betul-betul berminat pula, korang boleh terus buat pendaftaran menerusi laman web yang disediakan INI.