Setelah 9 Tahun Dalam Industri Fesyen, Hasnuri Akhirnya Lantik Asyalliee Sebagai Duta
Setiap jenama terkenal pastinya diapit dengan figura sebagai duta kepada produk mereka.
Pemilihan duta bukanlah sesuatu yang mudah kerana proses ini perlu melihat beberapa aspek seperti kesesuaian karakteristik individu dan produk yang diperkenalkan oleh sesebuah syarikat itu.
Begitulah perjalanan Hasnuri Sdn Bhd, sebuah syarikat pakaian muslimah terkenal yang telah berkecimpung dalam dunia fesyen sejak 2014 kini meminang pempengaruh terkenal, Asyalliee Ahmad sebagai duta pertama mereka.
Bersempena menyambut pinangan Asyalliee sebagai duta, Hasnuri telah melancarkan beberapa koleksi pakaian “premium” terbaharu mereka pada 23 September 2023 baru-baru ini.
Dalam majlis yang diadakan di salah sebuah butik Hasnuri di Putrajaya itu, turut dihadiri pengasas Hasnuri sendiri, Tuan Hasbullah Awang dan isterinya, Puan Nuriah Zakaria serta Asyalliee sendiri sebagai tetamu.

Selain itu, beberapa tetamu yang terdiri daripada pengasas, pempengaruh, tiktoker dan model turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Antaranya Tuan Das Abdul (Pengasas Bantal DAG), Ayunieso (Pengasas Vitamilk), Auntie Purple (Pempengaruh), Nelysa Norazlan ( Pempengaruh), Nureishamohd (Pempengaruh Instagram), Nynabukuter (TikToker), Aliah Hamidun (TikToker), Kaksu Meow (TikToker), Nadia Azlan Shah (Model) dan Fatimah Zahra (Model).
Produk Terbaharu Hasnuri
Antara koleksi tersebut adalah Abaya Asyalliee, Abaya Syasya dan Suit Rossa dengan pelbagai pilihan warna menarik.
Ketiga-tiga produk ini direka khas bagi menyerlahkan si pemakai dengan gaya tersendiri dalam pelbagai situasi berbeza.
Untuk Abaya Asyalliee sangat sesuai untuk digayakan dalam majlis formal kerana rekaannya yang lebih elegen dan mempersonakan. Lebih-lebih lagi, ia menggunakan material jenis High Quality Satin Air Flow (Ironless).
Abaya Asyalliee hadir dengan empat pilihan warna iaitu Black, French Rose, Sand Brown dan Off White.

Manakala Abaya Syasya pula mudah untuk diperagakan di mana-mana sahaja baik di pasar raya mahupun di kawasan keramaian kerana rekaannya yang lebih simple.
Sama seperti Abaya Asyalliee, produk ini juga menggunakan material jenis High Quality Satin Air Flow (Ironless).
Untuk Abaya Syasya pula hadir dengan lima pilihan warna iaitu Black, Bronze, French Rose, Sand Brown dan Off White.

Bagi yang gemar melakukan akitiviti outdoor, Suit Rossa sangat sesuai kerana ia disertakan set seluar dan menjadikan si pemakai bebas bergerak sesuka hati
Material yang digunakan adalah High Quality Italian Crepe/ CEY (Ironless).
Bagi Suit Rossa, ia didatangkan dengan warna Black, Dusty Pink, Golden Brown, Light Brown dan Off White.

Yang bestnya lagi, kesemua produk terbaharu Hasnuri ini “mesra muslimah” dengan tampilan pakaian yang baggy, tak pernah digosok, menutup aurat dan mesra wuduk.
Saiz pula adalah Free Size (Fit until XXL) bagi Abaya Asyalliee dan Abaya Syasya. Manakala Free Size (Fit until L) untuk Suit Rossa.
Macam Mana Asya Boleh Terdetik Jadi Duta Hasnuri?

Sewaktu majlis pelancaran produk dan perkenalan duta pertama Hasnuri, pempengaruh itu menjelaskan dia kini dalam proses “berhijrah” memperbaiki diri dan hanya memfokuskan dalam bidang bisnes.
Katanya, sewaktu dirisik oleh Hasnuri, dia tertarik dengan konsep muslimah yang dibawa oleh syarikat itu. Apatah lagi kakitangan Hasnuri sangat supportive.

Butik Hasnuri
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia fesyen, Hasnuri kini berjaya mengecapi pelbagai anugerah dan mempunyai lima buah butik di Semenanjung Malaysia.
Lima lima butik itu terletak di Pasir Gudang (HQ), Kota tinggi (Johor), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurut Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah sewaktu ditemu bual, mereka menyasarkan 100 cawangan butik di seluruh Malaysia menjelang 10 tahun akan datang.

Buat mereka yang sedang mencari atau tidak tahu mana nak cari pakaian berkonsepkan muslimah, Jom “terjah” laman web Hasnuri atau walk in sahaja ke mana-mana outlet Hasnuri. Jadi tunggu apa lagi? Nak tahu dengan lebih lanjut, klik di sini.