Tak semua pasangan gembira apabila mendapat kehadiran keluarga baru apabila jantinanya sama seperti kakak atau abangnya. Ya, walaupun zaman kini penuh dengan kehebatan teknologi namun masih ada golongan yang berfikiran ‘kolot’.
Kelahiran bayi yang comel dan sempurna adalah satu keindahan setiap keluarga namun ia juga boleh menimbulkan rasa sedih dan krisis keluarga.
Seperti yang cerita yang dikongsikan oleh Dr Amalina Bakri di laman Twitternya tentang seorang wanita yang bersedih apabila dipersalahkan oleh keluarga mentua kerana dia asyik melahirkan nak perempuan sahaja.
Jadi, korang kena faham dan hadam penjelasan ‘pedas’ yang diterangkan oleh Dr Amalina tentang benih yang disalurkan oleh suami kepada isteri.
“Yang menentukan jantina bayi itu suami bukan isteri”

Seperti gambar rajah yang dikongsikan oleh Dr Nimelesh ini jelas menunjukkan bahawa sperma lelaki membawa chromosome XY sebagai penentu jantina anak yang bakal dilahirkan itu.
Jadi beliau rasa lega sebab beliau rasa bersalah tak dapat tunaikan permintaan suami dan mertua. Sampai macam tu sekali.
“Sepatutnya bersyukurlah sama ada dapat bayi lelaki atau perempuan. Itu semua anugerah. Ada pasangan yg masih mencuba bertahun-tahun dan tak dapat lagi zuriat,” jelas Dr Amalina.
Sumber: Dr Amalina
Iklan