Mandikan "King Cobra"
Kredit Gulzar Sahab/Twitter

Seram, Lelaki Tenang Tunjuk Aksi Berani Mandikan “King Cobra” Besar Dalam Tandas

Syed Faisal Sayed Muhammad

Seram, Lelaki Tenang Tunjuk Aksi Berani Mandikan “King Cobra” Besar Dalam Tandas

Satu video memaparkan aksi berani seorang lelaki sedang memandikan seekor ular tedung yang besar dalam sebuah tandas telah tular di media sosial India.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Gulzar_sahab di akaun Twitter miliknya dengan kapsyen “mandikan ular yang malang dengan air dalam kesejukan.”

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Video yang berdurasi 22 saat itu menunjukkan aksi seorang lelaki dan seekor ular tedung di dalam bilik air. Lelaki itu dilihat sedang memandikan ular tersebut dengan mencurahkan air menggunakan gayung.

Lelaki itu juga dilihat memegang dan mengusap kepala ular berbisa itu sambil memandikannya dengan sangat santai. Pada penghujung video tersebut, ular tedung itu dilihat cuba menggigit gayung itu.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Menurut laporan daripada Reptile Craze, ular biasanya tidak perlu dimandikan atau dibersihkan.

Sejak disiarkan pada hari Jumaat lalu, video itu telah menjadi tular di Twitter dengan lebih daripada 25,000 jumlah tontonan dan 742 tanda suka. Selain itu, terdapat berpuluh komen telah ditinggalkan di ruangan komen video tersebut.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Kebanyakan komennya terkejut dengan lagak aksi berani itu dan ada juga yang mengagumi dengan keberanian lelaki itu yang sangat santai sewaktu mengendalikan ular berbisa berkenaan.

Ular tedung merupakan ular paling berbisa di dunia, ia juga merupakan ular yang terpanjang. Ular tedung dewasa boleh membesar sehingga 10 hingga 12 kaki panjang dan berat boleh mencecah 20 paun.

Menurut National Geographic, ular itu boleh “berdiri” dan melihat orang dewasa di matanya. Jumlah neurotoksin yang ular itu boleh lakukan dalam satu gigitan sudah cukup untuk membunuh 20 manusia.

Sumber: NDTV